Friday 11 July 2014

Salam Hari Jumaat


Peringatan untuk diri sendiri.
Banyakkan Sedekah hari ini..banyakkan zikir..jaga kolam jiwa masing2 ye.

Ada suatu kisah yang saya pernah dengar,. seorang kanak-kanak setiap kali dia melalui tabung masjid. beliau akan senyum kearah tabung masjid batu seketika dan berlalu pergi.

Hal ini telah menimbulkan Tanda Tanya kepada "Siak" masjid yang ternampak kejadian itu. Setiap kali solat Jemaah kanak-kanak ini pasti ada dan lakukan benda yang sama. iaitu senyum kearah tabung masjid.

Lalu siak masjid mendekati kanak-kanak itu dan bertanya mengapa sering kali dia tersenyum ke arah tabung masjid ?

Kanak-kanak itu pun menjawab.. " Senyum itu adalah satu sedekah.. saya tidak mempunyai wang. maka saya sedekahkan senyuman saya je la ke arah tabung masjid itu "....sambil berlalu pergi.

Moral : Bukan berapa banyak yang kita sedekahkan menjadi ukuran tetapi berapa banyak Keikhlasan kita untuk bersedekah yang itu lebih penting..

Salam Jumaat
Shahril -019-2788 739

No comments: